Wednesday, December 23, 2009

dan aku masih cemburu

bila kau kisahkan tentang raja dan ratumu
sedang di menaraku beribut berapi dan aku menyusut mendebu
rajaku ada, cuma pada nama, dan apa dihukumnya aku
ratuku ada, cuma bahagia bukan sepanjang jalan
aku juga ada, yang pergi jauh melari
kerana kuat sudah mula tiada dan hatiku sudah tinggal menyerpih

apa molek kupinjam raja ratumu?
buat teduh ribut degupku
yang masih cemburu.

Saturday, December 19, 2009

the way

you close your eyes before we kiss
and your after-shave lingers on my neck.

Thursday, December 17, 2009

malaikat-malaikatku 4

semua menepi mengelak menjauh
bila aku mau ke situ
jangan pergi, hey!
bilang malaikat2ku,mula berang
aku melangkah setapak lagi
menjejak hilang, mengikut kelam
berdiri sangat dekat
dengan songsang yang kalut
hujan batu yang sudah mula menyakitkan
malaikat2ku berdiri memeluk tubuh, simpan sayap
menggeleng kepala enggan ikut
dan di kejauhan gurun jerlus itu
kau berjalan mengharung payah
makin dekat, kau menyapa
menjemput aku serta
di tempat malaikat2ku enggan pergi
kau sudah sedia pulang.

langkah tak akan berbuka

belum mau pergi walau senafas degup pun

bulan jatuh dan matahari datang

separuh dunia mengejek ketawa

separuh lagi menggeleng sesal

guruh garang mendesak

hujan pelangi menggila di hujung langit

saya mau dengar suara Awak,

dan Awak ada depan saya, dengan saya, untuk saya

laparlah, haus terkedip-kedip

melihat dalam gelap

habis suara bercakap

habis darah bernyawa

hanyut mendebu pepasir ribu

kunang-kunang memujuk memanggil seru

Kekaseh saya tak akan mula jalan jauh ini

Kekaseh selagi tangan saya belum sampai ke genggam Awak.

Tuesday, December 1, 2009

permaidani










p/s: rugi la kalau ko takde adik. haha. takde sape tiup belon kaseh sayang untuk ko compose pic.